Saturday, 30 July 2011

TAJUK:

PERANAN DAN SUMBANGAN USTAZAH NORHAFIZAH BINTI MAT YUSOFF DALAM PENDIDIKAN AGAMA DI SEKOLAH AGAMA AL-IMAN  KG BATU 8,TELUK INTAN PERAK.


DISEDIAKAN UNTUK:

USTAZ ABDUL AZIZ BIN HARJIN
PENSYARAH CTU 151


DISEDIAKAN OLEH:

NURUL AISYAH BINTI IMAM MAHAMALI
2010403664
ASD2Ag


PROGRAM:
Diploma in science




ISI KANDUNGAN

TAJUK:PERANAN DAN SUMBANGAN USTAZAH NORHAFIZAH BINTI MAT YUSOFF DALAM PENDIDIKAN AGAMA DI SEKOLAH AGAMA AL-IMAN.



1.     Isi Kandungan
2.     Abstrak
3.     Pendahuluan
4.     Konsep
5.     Huraian
6.     Sejarah Penubuhan sekolah
7.     Organisasi sekolah
8.     Kegiatan sekolah
9.     Masalah
10    Penyelesaian
11.   Penutup
12.   Bibliografi




ABSTRAK
Tajuk:
 PERANAN DAN SUMBANGAN USTAZAH NORHAFIZAH BINTI MAT YUSOFF DALAM PENDIDIKAN AGAMA DI SEKOLAH AGAMA AL-IMAN  KG BATU 8,TELUK INTAN PERAK.

Peranan ertinya: “Suatu bahagian memegang pimpinan yang terutama ( terjadinya suatu hal atau peristiwa)” misalnya tenaga ahli dan buruh yang memegang peranan penting dalam pembangunan negara”.
Dalam Kamus Bahasa dijelaskan bahawa peranan merupakan “seperangkat tingkat yang diharapkan untuk dimiliki oleh seseorang yang berkedudukan dalam masyarakat atau yang merupakan bahagian utama yang harus dilakukan”.
Adapun peranan yang dimaksud dalam tajuk ini adalah peranan atau ikutsertaan guru agama dalam membina sikap atau tingkah laku pelajarnya, dalam peningkatan yang lebih baik dan sempurna. Dengan kata lain diertikan bahawa pengertian peranan adalah tanggungjawab serta atau usaha guru agama dalam mendidik, membina, membimbing serta mengarahkan pelajar kepada yang lebih baik dan sempurna.
Guru agama adalah: seseorang yang pekerjaannya mengajar orang lain atau orang yang dicontoh dan ditiru, ertinya dicontohi perkataannya dan ditiru perbuataannya.Adapun guru agama yang dimaksudkan dalam pembahasan ini iaitu seseorang yang berpotensi sebagai pengajar dalam bidang pendidikan  agama Islam di sekolah-sekolah dan menjadi contoh teladan bagi muridnya. Pendidikan agama yang dimaksud disini adalah pendidikan agama Islam, yang pengertiannya sebagai mana dirumuskan oleh: Ahmad D.Marimba: iaitu “Bimbingan jasmani dan rohani berdasarkan hukum-hukum ajaran Islam menuju kepada terbentuknya keperibadian utama menurut ukuran-ukuran Islam“.
Kemudian Abdurrahman Saleh menyatakan pendidikan Islam adalah “sebagai usaha berupa bimbingan dan usaha terhadap anak didik/murid agar kelak setelah selesai pendidikannya dapat memahami dan mengamalkan ajaran-ajaran agama Islam, serta dapat menjadikannya sebagai jalan kehidupan“.
Dengan mengutip dari beberapa pendapat para tokoh pendidikan tersebut, saya dapat mengambil suatu kesimpulan bahwa pendidikan agama adalah suatu proses pembinaan dan pengajaran yang dilaksanakan dalam segala segi, yang dapat membimbing dan mengarahkan seseorang menjadi manusia yang bertakwa  kepada Allah SWT dan berpegang teguh terhadap ajaran agama Allah, iaitu agama Islam.



PENDAHULUAN


Segala puji dipanjatkan ke hadrat Ilahi kerana dengan izin dan kehendak-Nya, tugasan mengenai peranan dan sumbangan ustazah norhafizah  di sekolah agama Al-Iman saya ini dapat diselesaikan dan dilengkapkan menepati masa yang telah diperuntukkan. Secara intihanya, tugasan ini adalah bertujuan untuk melestarikan tuntutan agar masyarakat didedahkan mengenai kronologi sejarah penubuhan sesebuah sekolah agama di kampung mereka, sekali gus mengetahui peranan dan kegiatan agama yang acap kali diadakan dan dianjurkan oleh institusi keagamaan di kampung batu 8, masing-masing tanpa ketinggalan untuk turut serta dalam aktiviti berkenaan. Secara tidak langsung, saya juga diberi kesempatan untuk mengenali dengan lebih dekat mengenai sejarah sebenar penubuhan sekolah agama saya dan mengetahui lebih lanjut tentang fungsi utama tertubuhnya sebuah sekolah agama serta mengetahui serba sedikit mengenai aktiviti-aktiviti yang pernah dijalankan dan sedia ada di kawasan tempat tinggal saya. 

Pada awal kajian mengenai tugasan ini, saya telah pergi ke pejabat pengurus sekolah agama saya untuk mendapatkan informasi yang lebih mendalam mengenai organisasi sekolah agama yang terdiri daripada ahli jawatankuasa yang menetap berdekatan dengan kawasan rumah ini sahaja. Rentetan daripada itu, alhamdulillah, tugasan ini menjadi lebih mudah bagi saya kerana saya diberi peluang untuk ke rumah seorang pengajar di sekolah agama itu,ustazah Norhafizah binti Mat Yusuff untuk menemu bual bagi melengkapkan lagi maklumat yang saya perlukan mengenai peranan serta sumbangan agama yang berjalan di kawasan tempat tinggal dan komuniti saya ini. Di samping itu, saya juga ada mengambil beberapa keping gambar ustazah saya serta beberapa keping lagi yang menyentuh mengenai aktiviti kemasyarakatan serta kegiatan yang berkaitan yang telahpun mendapat sambutan daripada komuniti dan masyarakat di sini umumnya. Gambar-gambar tersebut ada saya selitkan pada bahagian lampiran sebagai bahan rujukan.
Saya juga ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada Ustaz Abdul Aziz Bin Harjin selaku pensyarah CTU yang telah banyak memberi ilmu pengetahuan dan tunjuk ajar kepada saya dalam proses menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada sahabat-handai yang tidak jemu-jemu memberi penerangan dan pandangan mereka. Ucapan terima kasih yang tidak terhingga juga ditujukan kepada kedua-dua ibu dan bapa saya yang telah banyak memberi dorongan dan sokongan kepada saya serta banyak menitipkan kata-kata semangat kepada saya serta kepada semua pihak yang terlibat secara langsung atau tidak langsung yang bertungkus-lumus dalam menjayakan tugasan ini.

Akhir sekali, saya memanjatkan sekali lagi rasa syukur kepada Ilahi kerana perjalanan untuk melaksanakan tugasan ini berjalan dengan lancer dan saya amat berharap agar hasil tugasan saya yang kerdil ini dapat memberi sedikit sebanyak impak positif dan pendorong kepada golongan anak-anak muda untuk menimba ilmu pendidikan agama yang banyak memberi manfaat kepada kita pada masa akan datang.







KONSEP

Sejarah kelahiran & aktiviti-aktiviti

Nama Norhafizah binti Mat Yusoff. Nama suami Hasanulddin bin Mohd. Berasal dari Kelantan, pernah menetap dan bertugas sebagai guru di Terengganu.kini,menetap di Teluk Intan dan bertugas sebagai guru agama di sekolah AL-IMAN di kampung Batu 8 Teluk Intan Perak.Mendapat pendidikan di Pendidikan :SMU(A) Ar-RAhmah Kenali ( 90-92), SMU(A) Amir Indera Petra ( 93),KISAS (94-95). APIUM NILAM PURI ( 96-97), AIUM Usuluddin (Jabatan al-Quran dan al-Hadith)(98-2001). Beliau Ibu kepada 2 putera dan 1 puteri. Putera yang sulung Abdul Fattah adalah anak istimewa ( Down Syndrome)- 5 tahun, putera kedua Abdul Muizz - 4 tahun, puteri yang kecil Asiah Mardhiah - 1 tahun 6 bulan.
Beliau mula mendidik di sekolah agama Al-Iman pada 2002 sehinggalah kini.beliau menjadi guru membimbing anak-anak yang berumur lingkungan 6 tahun hingga 12 tahun.beliau mengajar dari pukul 3 petang hingga pukul 5 petang.anak didiknya kebanyakannya berasal dari kampung terdekat di sini.Silibus pengajarannya adalah dalam ilmu ibadah,mengajar tajwid,serta akidah.Beliau bertugas pada hari isnin hingga jumaat,hari sabtu petang beliau mengajar mengaji kepada anak-anak yang ingin belajar mengaji di rumahnya.Pada hari ahad beliau meluangkan masa bersama keluarganya bersiar-siar.









SEJARAH SEKOLAH
Ia mula ditubuhkan pada tahun 1949. Bangunannya yang pertama dibina dari dinding pelepah rumbia  serta beratap daun rumbia. Murid-murid belajar berlantaikan tanah menggunakan meja dan kerusi panjang. Bangunan yang pertama dibina di kampung Batu 8, adalah di padang permainan Sek Keb Teluk Buloh. Bangunan baru  sekolah dibina di atas tapak tanah bersebelahan rumah En.Hamidon seorang ketua kampong di sini.Bangunan baru diguna pakai pada 22.01.2002. Pengasas untuk mendapatkan bangunan ini ialah  En Haris bin kamal merupakan Ketua pentadbir sekolah tersebut.
BILANGAN ANAK MURID:
Anak murid yang mendapat pendidikan berasal dari anak-anak panduduk kampung ini,terdapat 63pelajar yang mendaftar di sekolah agama tersebut.
Sekolah itu mampu menampung seramai 80 pelajar,tenagaa pelajar yang mendidik di sekolah ini mempunyai seramai 4 orang sahaja.





Visi dan misi sekolah agama Al-Iman:

VISI
MENYEDIAKAN SISTEM PENDIDIKAN ISLAM DAN MENGURUSKANNYA DENGAN SEMPURNA UNTUK MELAHIRKAN GENERASI MUSLIM YANG SOLEH SERTA MENGAMALKAN ISLAM SEBAGAI SATU CARA HIDUP


MISI
MEMASTIKAN PENGUASAAN KEMAHIRAN MEMBACA AL-QURAN,PENULISAN JAWI DAN PENGAMALAN AJARAN ISLAM DALAM JIWA PELAJAR





AKTIVITI-AKTIVITI YANG DIJALANKAN:

Sambutan Maulidur Rasul 2010:





PEMERIKSAAN QAFA:







HURAIAN

PERANAN  DAN  SUMBANGAN USTAZAH NORHAFIZAH DALAM PENDIDIKAN AGAMA DI SEKOLAH AGAMA AL-IMAN DI TELUK INTAN PERAK.






         Sekolah agama al-iman  terletak betul-betul bersebelahan dengan Taman sri intan 3, iaitu tempat tinggal saya di Kampung Batu 8,Teluk Intan. Lokasi sekolah ini juga bersebelahan dengan Padang bola sepak di kampung Batu 8.  Menurut Ustazah Norhafizah,yang merupakan pengajar di sekolah agama ini, sekolah ini telah dibina dan siap digunakan pada sekitar awal tahun1949. Menurut saudara Hasbullah dan beberapa sahabatnya lagi memberitahu bahawa sebelum perangkaan sekolah Al-Iman ini, masyarakat dan komuniti di kariah ini menjadikan sekolah sebagai tempat mereka untuk beribadah dan menjadi satu-satunya nadi yang menjadi institusi keagamaan bagi masyarakat terdekat yang mendiami kawasan ini. Surau al-Iman ini berkedudukan benar-benar setentang dengan sekolah al-iman iaitu di dalam sekolah tersebut. Saiz surau Al-Iman ini agak kecil jika dibandingkan dengan saiz sekolah Al-Iman yang baru dibina ini. Di dalam surauAl-Iman, pintu surau yang berada di bahagian tengah pada masa ini, sebenarnya masa dahulunya merupakan dinding dan pintu asal bagi muslimin adalah di bahagian tempat wuduk. Oleh itu, terdapat kesukaran kepada jemaah untuk melaluinya apabila imam telah memulakan solat. Jadi, pintu di bahagian tengah surau dibina untuk kemudahan para jemaah. Pada masa tersebut mikrofon dan sistem pembesar suara tidak seperti sekarang ini yang serba lengkap. Pada masa itu, surau tersebut hanya menggunakan “portable microphone” iaitu alat pembesar suara yang hanya mampu untuk didengari di sekitar surau sahaja. Permaidani surau, kipas angin semuanya pada masa itu belum ada lagi. Pada masa yang sama, satu gerak kerja surau telah diwujudkan oleh muslimin dan muslimat.

           Kemudian, pada awal tahun 2002, selepas bangunan Sekolah Al-Iman siap terbina, segala kegiatan agama mula beroperasi dan beralih tempat sekolah tersebut. Walau bagaimanapun, SurauAl-Imandigunakan oleh pelajar-pelajar untuk solat berjemaah. 


Masalah

Masalah pertama yang dihadapi adalah. hari ini.murid sekolah agama semakin berkurang,hal ini akibat anak-anak muda cenderung dengan aktiviti-aktiviti di sekolah harian mereka pada waktu petang,sehinggakan tiada masa untuk menghadiri sekolah agama.oleh yang demikian tenaga pelajar berasa terkilan dengan masalah tersebut.

Masalah kedua yang dihadapi adalah tempat meletakkan kenderaan untuk murid-murid dan guru.di sini,murid-murid yang datang ke sekolah agama kebanyakannya menaiki basikal,mereka meletakkan basikal mereka di tepi-tepi jalaan,ini membahayakan kerana mungkin menyukarkan pengguna jalan yang lain.



Penyelesaian


Penyelesaian bagi masalah pertama,ibu-bapa haruslah pandai membahagikan masa anak-anak untuk meluangkan masa dengan aktiviti di sekolah harian dan sekolah agama pada waktu petang. Pihak sekolah juga haruslah memainkan peranan penting dalam menyelesaikan masalah ini.

Penyelesaian masalah kedua adalah pihak pengurusan sekolah agama perlulah menyediakan parking untuk meletakkan kenderaan murid-murid sekolah serta guru pendidik.dengannya pembinaan parking ini,tidak membahayakan anak-anak murid dan juga tidak menyukarkan pengguna jalan yang lain.




PENUTUP


Secara implisitnya, setelah mengetahui sejarah penubuhan sekolah agama Al-Iman , peranan dan kegiatan agama di sekolah agama saya, saya lebih mengenali sekolah ini dengan lebih dekat dan terperinci dan secara tidak  langsung hal ini telah menerapkan rasa sayang dan bangga saya terhadap penubuhansekolah agama Al-Iman. Selain itu, saya juga lebih terdedah dengan segala aktiviti dan kegiatan agama yang berjalan di tempar saya. Sekali gus, hal ini menarik minat saya untuk mengenali lebih rapat tentang ustazah  dan turut serta dan turun padang dalam setipa aktiviti yang dianjurkan oleh sekolah ini.

Saya juga ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada ustazah Norhafizah  yang telah banyak memberikan kerjasama dan pandangan mereka dalam proses temuramah dan survei saya tentang sejarah penubuhan serta organisasi sekolah telah banyak menolong meringankan dan memudahkan kerja saya. Mereka juga banyak memaklumkan kepada saya mengenai aktiviti-aktiviti yang berlangsung di sekolah agama ini dari semasa ke semasa. Di samping itu, mereka juga sering memberi kebebasan kepada saya untuk melengkapkan proses pengambaran dan pengambilan foto saya untuk dilampirkan dalam lampiran saya.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk merakamkan tahniah dan pujian kepada En.Haris iaitu selaku pentadbir sekolah tersebut yang sangat berdedikasi dan efisien dalam melaksanakan segala hal ehwal dan hal pengurusan sekolah dengan baik sekali sehingga mendapat gelaran sekolah agama anak jati bagi daerah Teluk Intan. Diharapkan kejayaan seperti ini dapat berulang untuk tahun-tahun yang mendatang.

Andai kata kita berjaya mengembalikan kecekapan peranan dan fungsi sekolah agama secara efektif, proaktif dan berkualiti intuitif, sudah pasti umat Islam khasnya akan dipandang tinggi dan dihormati oleh masyarakat seantero dunia. Akhirnya, dakwah penyebaran Islam dapat diperkasakan dan dimapankan pelaksanaannya.






LAMPIRAN

Peperiksaan Akhir Tahun...



En. Bohari Bin Manan.. (Penduduk Tetap)




Puan Hanisah ( Jiran )




































No comments:

Post a Comment